Skip to main content

KARI IKAN NYOTNYOT

Sebab jarang balik rumah masak, cara paling senang nak ingat resepi dengan tulis balik kat memana!

Bahan-bahan

Tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Halia (untuk kurangkan hanyir ikan)

Rempah kari ikan (+air sikit & kacau sebati)
Santan sekotak
Ikan nyotnyot
Bendi
Tomato
Air asam jawa
Garam gula
Cara memasak

1) Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
2) Masukkan rempah kari ikan yang dah dibancuh dengan air. Masak sehingga garing.
3) Masukkan santan. Kacau sampai mendidih.
4) Masukkan ikan. Jangan kacau sangat nanti ikan hancur tak sedap. Terbalikkan sekali dua.
5) Masukkan air asam jawa. Kalau pekat sangat, masukkan air lagi sikit. Kacau kacau.
6) Masukkan garam gula secukup rasa. Bila ikan dah masak (kuah dah mendidih jugak), rasa.
7) Masukkan bendi & tomato.

Siap!

Popular Posts

KAD ASTRO ROSAK?!

Harini nak share sikit experience pasal kad Astro rosak ni. Since dah 2 kali jadi macam ni. Lepas ni kalau jadi lagi boleh refer blog je nak kena buat apa etc. So, Jumaat haritu siaran Astro kat rumah terganggu. Simptom/tanda-tanda dia: 1) Skrin jadi hitam & ada segi tiga kuning kat atas belah kiri camni ⚠️ 2) Dia keluar "Sila masukkan Kad Pintar Astro yang betul dengan anak panah menghala ke atas (S2)". Dah try 3,4 kali keluar masuk kad pun still sama.

MAJLIS KONVOKESYEN USM KE 54

Assalamualaikum. Hi *lambai sambil lap habuk kat blog ni*
Its been a while since I last updated my blog (dah berapa kali ulang ayat ni padahal malas). Now dah melepasi beberapa fasa dah pun dalam hidup pun hahaha. Dah konvo!!!!!


Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Gunaan Fizik Kejuruteraan