AYAM PADPET

by - May 29, 2016

Assalamualaikum. Hai! :)

Its been a while since my last writing since my writing time semua habis untuk thesis!!!! Yes sekarang ni I'm a struggling final year student. Ada lagi lebih kurang 20 hari untuk habiskan degree, siapkan FYP, habiskan viva, habiskan my last 3 bloody papers. My last paper is on 14/6/16. My first is on the first day of ramadhan 6/6/16. Tak sempat nak bukak blog. Tapi I need to post something. I have to. Sebab everytime bukak blog and baca previous entry ni rasa cam......................amy...............why you so emotional amy..........Ok...

So, jumaat haritu me and my family pi padang besar sebab nak beli barang sikit and of course, pi makan. At my favorite place. Makan my favorite food. Kat kedai Salam makan nasi ayam padpet (thats how you order it, bukan poktek, bukan pakapauuu ok). Kat padang besar SAHAJA SEDAP. Kat tempat lain nooooooo. Padpet ni lebih kurang masak lemak la versi siam. Tapi tak berkuah. PEDAS. FAV. Lagi pedas and sedap daripada spicy ramen tu. Kedai Salam ni kat entrance gate nak masuk padang besar. Yang kalau korang masuk dari roundabout besar tu, nanti straight then belok kanan, ada kena bayar RM3 untuk tiket parking kan. Yes masa tengah bayar tu, pusingkan kepala 90 darjah ke kiri dan sebelah tu ada sebuah kedai. Itulah kedainya (bukan dekat bazar yang kedai makan sederet tu). Kedai kecik ja. The only kedai kat situ. But worth it nasi ayam padpet RM6. Tomyam kat sini pun must try jugak. I donno why I am telling this I just love reviewing food.........

SO. GOOD.

So lepas 2 hari, which is harini, suruh ibu masak padpet lagi!! Haha. Last time kami pi pasar pagi Asun, aku ternampak kat kedai rempah rempah ni ada rempah padpet pastu beli la sebab nak try. Senang gila nak masak sebab ada rempah instant yang handmade macam ni. Rempah ayam goreng berempah, masak lemak, semua la ada. Tinggal tumis ja, tadaaaaaaaaaaaa siap! Sedap sebab handmade! Bukan yang macam dalam tin semua tu tak fresh.

OK JOM

Bahan-bahan

Tumbuk:
Bawang merah (2-3 biji)
Bawang putih (3-4 biji)

Bahan 1
Blend/tumbuk:
5 biji cili padi
2 hiris halia
2 batang serai
Kunyit hidup
Alternative: PERENCAH PADPET ASUNNNNNN! (kalau dah ada perencah instant padpet, tak perlukan bahan-bahan di atas. Mudah bukan?)

Bahan 2
Ayam dipotong dadu
Daun limau purut
Air perahan limau/air asam jawa sikit
Garam
Gula

Cara memasak

1) Tumis bahan tumbuk (bawang) sampai naik bau.
2) Masukkan Bahan 1. Tumis sehingga pecah minyak.
3) Masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan air sedikit (mengikut tahap kepekatan kuah yang diingini)
4) Masukkan daun limau purut dan air perahan limau.
5) Tunggu sampai ayam masak. Masukkan garam gula secukup rasa.
6) Rasa. Siap!



You May Also Like

0 COMMENT