KAD ASTRO ROSAK?!

by - December 05, 2016

Assalamualaikum.

Hai!

Harini nak share sikit experience pasal kad Astro rosak ni. Since dah 2 kali jadi macam ni. Lepas ni kalau jadi lagi boleh refer blog je nak kena buat apa etc. So, Jumaat haritu siaran Astro kat rumah terganggu. Simptom/tanda-tanda dia:
1) Skrin jadi hitam & ada segi tiga kuning kat atas belah kiri camni ⚠️
2) Dia keluar "Sila masukkan Kad Pintar Astro yang betul dengan anak panah menghala ke atas (S2)". Dah try 3,4 kali keluar masuk kad pun still sama.

Dah try bersihkan cip kad tu jugak guna pemadam getah & lap dengan tisu pun tak berkesan. Jangan basuh guna air pulak! Then, try pergi ke Home > Setting > STB Diagnostic > tengok Smart Card No > 0000 0000 0000 (means decoder tak detect kad tu)

After an hour terus call Astro. Ya rabbi susahnya nak tunggu operator angkat call tu. Call no 03-9543 4129, tekan 8. Then cerita la masalah dekat operator tu yang quite helpful. Lastly, dia sahkan kad tu rosak: ada 2 solution.
1) Request kad baru melalui pos (dapat dalam masa 3-5 hari lama kan?!)
2) Boleh pergi sendiri Astro Customer Service Centre terdekat untuk tukar kad

Macam aku paling dekat pun Alor Setar la. Paling best pulak, Astro Service Centre Alor Setar ni ada no. faks dan emel SAHAJA jadi kita tak boleh call nak tanya waktu bekerja, waktu rehat & all. So esoknya Sabtu pi la Alor Setar settle kan semua. Sekejap ja dalam setengah jam dah dapat kad baru. Balik rumah, masukkan kad dan tunggu dalam setengah jam atau lebih untuk decoder tu detect kad baru. Sabar. Baru on TV. Then boleh tengok macam biasa. Alhamdulillah.

Tapi nak dijadikan cerita, timbul pulak satu lagi masalah. Bila bukak tv source HDMI (nak tengok dalam HD), siaran tu tak bunyi suara. Tapi bila bukak kat source TV biasa, okay pulekk tapi tak syok la gambar dia tak HD! Haha. Call la lagi sekali Astro. Again, operator sangat membantu. Instruction dia:
Home > Setting > Audio Digital > Output Audio > pilih Dolby Digital 5.1

Alhamdulillah semua dah jadi normal. Sempat la tengok 7 Hari Mencintaiku Isnin nanti hahaha

So, pengajarannya JANGAN sesekali cabut kad Astro tu dari decoder. Sebab akan senang sangat sangat rosak. KECUALI kalau dah lama & berhabuk sangat, nak bersihkan sekali sekala okay la. Plus kad Astro yang baru ni hanya valid untuk satu decoder sahaja & tak boleh masukkan kat decoder lain. So tak ada sebab untuk keluarkan kad ni dari decoder ok?

Semoga membantu!

You May Also Like

0 COMMENT