Pengalaman kerja pertama

by - December 08, 2016

Assalamualaikum yall

Kalau baca last entry pasal konvo aite? So lepas dah konvo kita buat apa? Yass kita kerja. Jadi sebagai seorang yang berstatus graduan dengan CGPA yang suam-suam kuku, aku dah decide untuk tak memilih kerja. My target sekarang memang nak cari pengalaman. Tapi kena ingat jugak, pointer bukan penentu segalanya. Yang paling penting nak belajar. Tak tahu takpa, boleh belajar.

Lepas abis final exam semester akhir, memang jadi penganggur malas la kat rumah. Bangun, makan, tidur, repeat. Jadi penganggur pun penat hokay. Boring. Ada apply kerja kat jobstreet & SPA gak tapi takda panggilan lagi. Masa ni tengok Iman dah dapat kerja, Software Engineer pulak tu memang jeles la meroyan. Tapi takpa, sabar. Rezeki masing-masing. Rezeki dia dapat kerja awal sebab dia dah kahwin, dia banyak komitmen. πŸ‘ΌπŸ˜Œ

Sebulan lepas tu, ibu ada tag aku kat satu post job vacancy (actually semua post jawatan kosong dia tag hehe) kat kilang dekat dengan rumah aku. Kat sini memang kawasan perindustrian so memang banyak kilang logistics. Aku pun try la apply sebab dekat dengan rumah. Boleh la kerja part time dulu sementara nak dapat better job kan. Boleh kumpul duit dulu. At first taktau pun kilang tu kat mana walaupun lebih kurang 5 KM je dari rumah haha. So aku pun assume maybe orang lain pun taktau sangat & tak ramai kot datang interview. Confident sikit la.

Bila dah submit resume, HR tu cakap dia akan shortlist dulu, kalau terpilih dia akan call/sms untuk interview. Esoknya dapat sms suruh datang interview. Excited sebab my first interview kerja ever!! tapi tak bagitau sesapa pun sebab takut tak dapat. Kang kecewa haha. Terkejut gak bila sampai, dapat tau 8 orang yang akan di-interview. Ramai gak aaa kan. Tapi 1 kekosongan ja?! Pastu pulak aku tengok orang lain confident dan mostly dah ada experience kerja sebelum ni.

Sabar jap.

Pagi tu aku orang first yang di-interview. Interview berjalan selama 40 minit kemain lama padahal jawatan assistant je ok?! Dah confident gak la dapat. Yela sebab lama kan. Haha. Then petang dapat call, suruh datang second interview. Aku cam whattt? Second interview lagi? Dah malas sebenarnya sebab plan nak kerja part time je tapi company ni cam serius plak banyak2 kali interview haha. Abah suruh pergi jugak. Bila sampai tu takda orang lain pun. So aku masuk, sembang sikit, manager & executive tu explain job scope sikit, dapat offer letter.......................!!!!! Alhamdulillah! :)

Gaji pun okay. Lagi tinggi daripada my expected salary. Untuk jawatan assistant with no working experience, aku rasa okay dah cukup banyak tu. Pengalaman menganggur sebulan ada la hihi.

Kerja la seorang amelia kat company dekat dengan rumah. Now dah 5 bulan kerja. Padahal dulu plan nak part time je?! Sekarang dah 5 bulan apa cer?! Haha. Tula, kita hanya merancang tapi Dia sebaik-baik perancang. Bila dah kerja ni malas pulak nak apply tempat lain. Mengharapkan SPA ja ni kalau ada rezeki. Amin semoga ada rezeki dan dipermudahkan. So far semua okay takda masalah lagi. Next month habis la probation period (6 months). Tak sabar nak dapat cuti, nak apply cuti bila takda mood nak datang kerja haha.

My everyday's view, like seriously. Cenggini la susunannya setiap hari di kala tak ada kerja. Nampak ja bersepah tapi sebenarnya ni paling organized dah! Haha

You May Also Like

1 COMMENT

  1. Aminnnnn..semoga berjaya ye wahai cik amelia <3 :)
    Me always support you!

    ReplyDelete