LIPSTICKS REVIEW

by - April 15, 2017


Hai. Harini nak share a.k.a bagi honest review pasal my fav lipsticks. If I have to choose satu make up saja yang boleh dipakai untuk keluar, definitely it is lipstick! Tak pakai bedak, blusher, eyeshadow, maskara tak apa lagi. Kalau tak pakai lipstick tu memang tak confident sebab nampak pucat. So, memang akan pilih lipstick yang elok la untuk pakai since my bibir cepat kering dan menggelupas. So here are my current personal favourites:

#1 FAME COSMETICS MATTE LIP CREAM 
Local brand. Asalnya beli lip cream ni dulu sebab nak #supportmember sebab dia jadi agen haha tapi bila dah try, best pulak pakai! Quite pigmented tapi kalau nak full coverage kena apply dulu sekali, tunggu kering then apply lagi sekali. Tak terus kering di bibir. Bila kita apply kat bibir, tak terus kering which is gooood for me sebab senang nak remove kalau terover apply or what cos I'm clumsy liddat. Suka bau dia wangi! And tahan lama jugak. Rasanya last lipstick yang I purchased tahan 3 bulan or more? I pakai like everyday. Harga berpatutan dan berbaloi dengan kualiti RM 29, tak termasuk postage. Tapi kalau nak compare, my #2 fav lipstick lagi pigmented and last long (keep on reading). First time beli kat kawan colour Gossip. Second time beli kat mana tah dah lupa colour yang sama Gossip. Third time dah confident sikit beli new colour Rusty kat Shopee: here Bezanya Gossip ni more pink & Rusty ni not-too-dark salmon colour. I love both colour! I love the packaging too. #sapotlokal

This is currently my go-to lipstick :) 

#2 MIKAYLA LIPSMATTE 
Yang ni pun beli sebab nak #supportmember jugak haha sebab dia nak cukupkan order. So I beli colour code 11. Color dia lebih kurang FAME Rusty tapi darker. I love to wear this kind of orange-ish colour lipstick lepas pakai this lip cream la! Kalau tak dulu I prefer/buy pinkish colour ja. Harga RM 15 dan material dia thicker than FAME. Sekali apply je dah cukup. This one is more pigmented. Kadang-kadang tu kalau tak makan apa sangat, sampai sakit jugak bibir nak tanggalkan lip cream ni kalau tak guna make up remover 😫 Tapi sangat senang nak apply dan cepat kering di bibir. Anyway, worth it la sebab murah. Beli kat facebook.


(look a lil bit darker pulak dalam gambar)



#3 AVON SIMPLY PRETTY COLOR MAGIC LIPSTICK 
I still remember first time pakai Wani punya pastu pi lecture then ada orang puji cantik. Terus fav! Haha. Mine is in code Snow Pink yang stick dia warna putih tu. Tapi bila apply kat bibir, tak jadi warna putih la, bertukar jadi pink! Finishing dia macam kita pakai lip balm tapi tak melekit macam LipIce Water Colour. Kalau bibir kering ataupun rushing nak keluar, memang akan pakai yang ni sebab senang dan cepat. Harganya RM 8.90 jeeee tapi tahan lama berbulan-bulan!

 
nampak natural macam tak pakai apa-apa, thats the idea! :p

#4 SILKYGIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM 
Masa awal-awal keluar this lip cream memang excited nak beli sebab murah! Tapi everytime pergi Watson ja mesti dah sold out. And then one day ni pergi sekali lagi tengok lip cream baru restock! Terus grab satu. Code 04: Vintage. Harga RM 21.90 kalau tak silap. Colour dia cantik tapi finishing agak mengecewakan sebab so drying! I dont know about others but everytime I apply it on my lips, mesti akan menggelupas & kering especially bila dok lama-lama dalam aircond. But I love the colour :( So my solution bila nak apply this lip cream, I akan pakai lip balm dulu. Baru la less drying. Not the best but not that bad.
  
#5 REVLON SUPER LUSTROUS LIPSTICK
This one I beli masa intern kat KL dulu. Sebab selalu sangat masuk Guardian & Watson pastu try banyakkk lipstick, terjatuh hati dekat yang ni. Materialnya creamy dan tak tahan lama. Kena re-apply lepas makan but I love lovee the colour! Code: Pink in the afternoon. Dah lupa harganya berapa RM 25++ rasanya. Picture from Google (or you can see here for swatches) cos I dont know where my lipstick is right now. Adik bawak balik kolej dia kot... 


#6 NYX SOFT MATTE LIP CREAM (SMLC) 
My first matte lipstick/lip cream. Still FAV walaupun dah lama tak purchase yang ni. Lebih kurang Fame tapi material dia lagi thick dan creamy & lagi wangi. Nak cakap tahan lama tu tak jugak especially bila makan berat2. But okay la takde la hilang terus kat bibir. My fav colour is Antwerp. Warna dia lebih kurang Revlon Pink In The Afternoon, material je lain. To be safe, better beli terus kat makeup store macam Sephora since banyak sangat Nyx tiruan nowadays. (gambar google jugak)


p/s: Susunan nombor mengikut lipstick yang I tengah pakai sekarang kepada yang dah lama tak pakai tapi masih tersimpan di hati. Gittew

💋 My personal rating
#1 Fame - 8/10
#2 Mikayla - 7/10
#3 Avon - 7/10
#4 Silkygirl - 5/10
#5 Revlon - 6/10
#6 Nyx - 8/10

That's all. Semoga membantu! :)

You May Also Like

0 COMMENT