Chenta Mama Daging Bakar, Jitra

by - May 11, 2017

Hai.

Lepas ni nak tambah label JJCM dalam blog ni (boleh klik kat atas tajuk untuk post yang sewaktu dengannya). Nak buat food review pulak. Nak share every food yang aku rasa sedap dan berbaloi makan! Just because I love food so much.



CHENTA MAMA DAGING BAKAR, SUNGAI KOROK, JITRA


Menu yang special kat kedai famous ni: Set nasi daging bakar/kambing bakar/ayam bakar. Kalau datang sini kena makan antara tiga ni ok. Aku selalu order daging bakar.

Apa yang best kat sini?
  • Daging bakar yang banyak dalam sepinggan
  • Air dan nasi tambah percuma!
  • Ada banyak jenis ulam
  • Ada banyak sambal (sambal belacan, budu, sambal kicap, sambal lada hijau, air asam)
Lokasi: Sungai Korok, Jitra (boleh waze je nama kedai ni)
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat - 11.30 pagi sehingga 5.00 petang
Harga:
  • Set nasi + ayam bakar - RM 8
  • Set nasi + daging bakar - RM 10
  • Set nasi + kambing bakar - RM 12
Personal rating: 7/10

First time makan dulu masa tengah viral, memang banyak daging dia. Kalau order satu pinggan tu boleh share 2 orang. Sekarang ni makin berkurang sikit (macam dalam gambar, dulu separuh pinggan daging dia), takleh nak share dah. Haha. Tapi masih berbaloi la sebab daging juicy, lembut dan sedap. Kalau nak tau rasa dia dan apa yang istimewa, kena la try okay!

P/s: Kalau takmau makan nasi, boleh makan makanan bersup kat Bihun Sup Rosli (klik!) selang beberapa kedai dari sini :)

You May Also Like

0 COMMENT