Skip to main content

Rosli Bihun Sup, Sg Korok, Jitra

Salam 1 Ramadhan, hari pertama berpuasa. Alhamdulillah diberi kesempatan menyambut Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga menjadi orang yang lebih baik, lebih bersyukur dan lebih bersabar. Amin.

Sekian mukadimah.

Berbalik kepada tajuk, nak cerita sikit bihun sup tersedap di Jitra ni. Kalau petang2 lapaq ais kacang pastu nak makan sup, memang recommended la try kat sini. Memang ramai orang. Sambil makan, sambil boleh tengok view bendang kat seberang jalan. The best.

BIHUN SUP ROSLI, SUNGAI KOROK

Makan apa kat sini?
Famous kat sini bihun/mi/kueteow sup daging/ayam/perut/campur daging+perut. Tapi kalau takmau makan sup, ada jugak satay, ais kacang a.k.a ABC, cendoi, nasi ayam. Macam-macam ada. Saya biasanya kalau mai sini memang makan kueteow/bihun sup daging. Makan pulak dengan sambal kicap & sambal merah dia. Fuh.

Harga
Harga pulak berpatutan. Bihun sup biasa RM 4. Bihun sup special (campur) RM 5. Murah ja.

Lokasi
Kat Sg Korok. Sederet kedai makan banyak2, kedai dia yang pertama sekali.

Personal rating
8/10

P/S: Kalau pi tengahari kat Sg Korok ni, boleh try Nasi Daging Bakar Chenta Mama ssssedap! Review kat SINI :)

Comments

Popular Posts

KAD ASTRO ROSAK?!

Harini nak share sikit experience pasal kad Astro rosak ni. Since dah 2 kali jadi macam ni. Lepas ni kalau jadi lagi boleh refer blog je nak kena buat apa etc. So, Jumaat haritu siaran Astro kat rumah terganggu. Simptom/tanda-tanda dia: 1) Skrin jadi hitam & ada segi tiga kuning kat atas belah kiri camni ⚠️ 2) Dia keluar "Sila masukkan Kad Pintar Astro yang betul dengan anak panah menghala ke atas (S2)". Dah try 3,4 kali keluar masuk kad pun still sama.

MAJLIS KONVOKESYEN USM KE 54

Assalamualaikum. Hi *lambai sambil lap habuk kat blog ni*
Its been a while since I last updated my blog (dah berapa kali ulang ayat ni padahal malas). Now dah melepasi beberapa fasa dah pun dalam hidup pun hahaha. Dah konvo!!!!!


Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Gunaan Fizik Kejuruteraan