FIRST TIME ACCIDENT / PART 2

by - June 10, 2017

Assalamualaikum. Lupa nak update keadaan kereta sekarang & apa kena buat selepas dah siap repair. 

Kronologinya:
Accident - 15/03/2017
Siap repair - 29/04/2017
Hantar claim ke insurans pihak yang melanggar - 06/05/2017
Dapat surat persetujuan - 06/06/2017
Hantar surat persetujuan - 09/06/2017
Dapat claim (transfer ke akaun bank) - 16/06/2017

Part 1 boleh baca kat sini > FIRST TIME ACCIDENT!


Actually nanti pihak Perodua (in my case) akan tolong kita selesaikan claim. Mereka bagitau apa yang kita perlu buat seterusnya dan seterusnya dan seterusnya sehingga selesai. Dokumen-dokumen claim, kena buat apa, kena hantar kat mana, akan diberitahu. Kita ikut jela.

Firstly, kena pastikan semua dokumen cukup sekali dengan resit. Kalau kita ada keluarkan duit kita dulu, pastikan resit ada. In my case, saya kena bayar RM12 untuk salinan laporan polis & RM424 excess claim fee. Semua ini kita boleh claim balik kat pihak yang melanggar dan wajib dapat balik duit tu.


Loss of Use claim?

Ramai yang tak tahu pasal ni. Loss of Use (atau Compensation for Assessed Repair Time) ni boleh claim kalau kita tak bersalah sahaja tau. Kalau ada third party yang langgar kereta kita, baru kita boleh claim. Kita boleh claim balik kesusahan kita untuk "bergerak" sebab tak ada kenderaan. Kereta dah masuk bengkel > susah nak pergi kerja > salah siapa?

Maksimum bayaran untuk Loss of Use claim ni bergantung kepada jenis kenderaan. Kalau kereta, max RM50/hari kalau tak silap. Bilangan hari pulak max 30 hari. Itu pun atas budi bicara pihak insurans. Pihak insurans biasanya akan bayar berdasarkan anggaran hari untuk repair kerosakan sahaja. Contoh kalau kena tukar pintu, estimate 7 hari dah siap, kita akan dapat banyak tu je. Tak kira la kereta kita tersadai dalam bengkel tunggu turn sampai sebulan ke hape. Licik kan? Haha. Saya claim bilangan hari bermula dari tarikh accident sampai tarikh kereta dah siap repair (30 hari x RM50). Kalau ikutkan 46 hari tapi sebab max 30 hari je. Yang ni pun belum tahu lagi approved atau tak. 
Tips: claim semaksimum yang boleh. #justice

Bila dah hantar dokumen claim, tunggu surat persetujuan sampai rumah. Dalam surat tu akan dinyatakan berapa jumlah claim yang ditawarkan. Kalau kita setuju dengan jumlah tu, isi borang yang disediakan, sign dan hantar balik surat. Kalau tak setuju, boleh contact pihak insurans dan berunding. Lepas tu, tunggu duit masuk dalam akaun. Macam yang semua orang tau la claim = lambat, tapi dalam surat tulis dalam masa 2 minggu. Semoga sempat dapat sebelum roadtax mati haha

Semoga post ni membantu, tak banyak pun at least dapat gambaran la nak buat apa kalau accident. Tapi minta jauh la dari accident hehe. Stay safe okay pipol!

You May Also Like

0 COMMENT